Updates from December, 2008 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • ibadmenulis 8:45 am on December 4, 2008 Permalink | Reply  

    Merebut Peluang 10 Awal Zulhijjah (a bit late) 

    ‘Ohh.. duhai hari-hari kebangkitan’..itulah laungan nurani, degupan hati yang hidup, ia suatu perasaan yang telah disebutkan oleh Imam Junaid r.h.m dalam kerinduan dan nostalgianya kepada hari-hari permulaan iltizam di atas jalan Allah ini. Itulah dia saatnya rohani meningkat dan jati diri terletak pada tempat tertinggi. Kesan daripada perjalanan menuju Allah, tangisan di hadapan-Nya, takut daripada-Nya, dan menghadap kepada-Nya dengan sepenuh kesungguhan.

    ‘Ohh.. duhai hari-hari kebangkitan’ .. aku mendapati diriku pada kala ini mengulang-ulangkan ia bersama Junaid rhm, sebagai sebuah bukti kerinduan kepada hari-hari puasa yang kini bersamaku, semata-mata kerana Allah. Rindu kepada malam-malam yang bercahaya bersamaku kerana-Nya, ketika kekhusyukan tilawah dengan air mata yang bercucuran, kerana takut, risau, dan khusyuk kepada Penjaga yang Maha Mulia.

    ‘Ohh.. duhai hari-hari kebangkitan’ ..laungan yang menerbitkan kerinduan kepada kedatangan 10 hari awal Zulhijjah dan berita-berita baik untuk kita semua. Seolah-olah kita akan berjanji-temu padanya dalam hari-hari yang penuh berkat ini. Seolah-olah hari-hari itu datang kepada kita, membawa bersamanya hadiah-hadiah dari Tuhan yang Maha Pemurah, dan menghidupkan kecintaan dan kerinduan dalam jiwa-jiwa orang muslim. Maka, tersentaklah perasaan, tergugahlah emosi mereka, dan akhirnya membawa mereka kepada ruang lingkup ketaatan dan mihrab ibadah. Ia tidak lain hanyalah sebagai menyahut seruan baginda s.a.w ;

    “Tiadalah hari-hari yang lebih mulia di sisi Allah s.w.t dan tidaklah lebih aku cintai untuk beramal padanya melainkan pada sepuluh hari pertama bulan ini (Zulhijjah), maka perbanyakkanlah tahlil, takbir dan tahmid padanya”.

    Sebaik-baik tugasan

    ‘Ohh.. duhai hari-hari sepuluh’ .. ia adalah sebaik-baik masa dan semulia-mulia waktu di mana ketika itu Allah turun kepada hamba-hamba-Nya, membuka pintu-pintu keampunan, dan mencurahkan nikmat kepada mereka. Maka jadilah sesuatu amalan itu lebih mudah diterima, dan doa lebih mudah untuk dikabulkan.

    Itulah dia peluang sangat besar bagi seorang muslim untuk memperbaharui hidupnya dan meningkatkan iman dalam jiwanya. Itulah hari-hari di kala bumi semakin terasa dekat dengan langit, maka terbukalah pintu-pintu langit dengan cahayanya, limpahan kurnianya, dan kebaikannya, maka bertempiaslah segalanya kepada seluruh penghuni bumi. Itulah hari-hari di kala manusia yang suci berlumba-lumba dengan malaikat-malaikat yang agung. Itulah hari-hari keagungan di mana Tuhan yang Maha Pemurah datang kepada hamba-Nya, lalu melimpahkan kenikmatan dan rahmat-Nya dan menyempurnakan nikmat-nikmat yang banyak, dari segi zahir dan batin.

    Lalu Dia ampunkan mereka dan menerima taubat mereka serta melepaskan mereka dari api neraka ;

    “Tidaklah satu hari pun yang lebih banyak Allah lepaskan hamba-hamba-Nya dari api neraka melainkan Hari Arafah”.

    Wahai saudaraku yang dikasihi,

    Sesungguhnya ia adalah hari-hari yang lebih berharga daripada emas. Barangsiapa yang mampu untuk melapangkan waktunya pada hari itu maka lakukanlah, dan barangsiapa yang mampu untuk menghidupkannya maka lakukanlah. Aku memperingatkan diri ku dan dirimu dengan kata-kata Abu Muslim Al-Khaulani ;

    “Adakah sahabat-sahabat Muhammad s.a.w menyangka mereka sahaja yang diberi peluang tanpa kami ? Demi Allah, kami akan menyesakkan mereka ke atasnya(amalan 10 hari Zulhijjah) sehingga mereka menyedari bahawa mereka telah meninggalkan rijal-rijal di belakang mereka”.

    Maka marilah kita bersama-sama berlumba di dalamnya dalam berbuat kebaikan dan beramal salih, jadikanlah syiar kita pada hari-hari ini ; “Demi Allah kami akan menandingi mereka” dalam perlumbaan untuk mengiringi Kekasih s.a.w, dan perlumbaan orang-orang yang pergi haji dalam merebut maghfirah pada hari pelepasan (dari api neraka). Sudah pasti pada hari-hari itu nanti, semestinya, akan menjadi sebuah stesen untuk perjalanan ke syurga.

    Kenapa perlunya tugasan itu?

    · Sebagai do’a dan pengharapan, untuk kita menghargai detik-detik 10 hari Dzulhijjah seperti yang disukai dan diredhai oleh Allah s.w.t. Dalam masa yang sama kita merebut peluang untuk menerima hadiah-hadiah Allah s.w.t, serta menghidupkan kembali ciri-ciri rabbani dan jiwa berdaya bersaing dalam kebaikan. Ia juga sebagai suatu tanda tamak kita agar diliputi oleh rahmat Allah s.w.t, dan agar Dia memasukkan kita dalam golongan yang diperkatakan-Nya kepada malaikat-malaikat ; “Aku menjadi saksi kepadamu (malaikat-malaikat) bahawa sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka”.

    · Sebagai tanda seruan dan galakan serta prihatin, untuk memperkuatkan jiwa yang rabbani, yang merupakan satu-satunya bekalan serta bahan api untuk pergerakan dakwah dan harakah kita.

    · Sebagai suatu usaha untuk membuka ruang kepada masyarakat dalam menyebarkan perkara-perkara kebaikan dalamnya. Ia sebagai proses untuk mengajak mereka dalam mengutip seberapa mungkin kebaikan dalam hari-hari tersebut, sepertimana yang diredhai dan disukai oleh Allah s.w.

    Fokus dalam tugasan

    Tuntutan ini adalah demi menghargai 10 hari Dzulhijjah yang penuh barakah, untuk meningkatkan tahap keimanan dan rohani serta jiwa rabbani dalam diri. Ia selari dengan isi kandungan amal fardi, usari, jama’ie dan kemasyarakatan, dengan memberikan faedah yang paling besar serta penerokaan yang optimum terhadap hadiah-hadiah Allah s.w.t. Ia dilakukan dengan meletakkan perancangan dan membuat persediaan-persediaan seperti mushaf, wirid-wirid, tasbih, siwak, buku nota dan sebagainya.

    Perkara-perkara dalam tugasan

    1. Tugasan individu

    a. Bersegera untuk bertaubat dengan sesungguhnya, secara berulangkali pada setiap hari.

    b. Sentiasa perbaharui niat kerana Allah s.w.t pada setiap perkataan dan perbuatan, dan menghadirkan lebih dari satu niat untuk satu perbuatan

    c. Duduk di masjid selepas solat Subuh, dengan zikir dan tilawah sehingga waktu syuruq, untuk mendapat ganjaran haji dan umrah

    d. Melakukan amal salih (secara sembunyi)

    e. Melazimi sepenuhnya wirid-wirid dan zikir-zikir, serta berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan amalan-amalan sunat.

    f. Buat muhasabah harian dan melaziminya, serta buatkan markah dan peratus dalam praktiknya, supaya lebih optimis dalam melihat kelemahan-kelemahan diri.

    g. Qiyamullail secara sendirian, setiap hari di rumah –paling kurang 2 rakaat, sebelum tidur dan sebelum Subuh.

    h. Bersedekah 4 kali dalam 10 hari tersebut, dan mengambil bahagian dalam korban bagi sesiapa yang berkemampuan.

    i. Bersungguh-sungguh untuk menghabiskan al-Quran sekali dalam tempoh tersebut. Sekiranya tidak mampu, maka bacaan tilawah 1 juzu’ setiap hari.

    2. Tugasan ahli rumah

    a. Solat 2 rakaat bersama isteri dan anak-anak selama 3 hari, serta menitikberatkan doa dan zikir.

    b. Selesaikan apa-apa masalah berkaitan diri dengan isteri dan anak-anak dalam masa 10 hari ini.

    c. Susun pertemuan mingguan, serta terangkan fadhilat hari-hari tersebut sebelum memasukinya.

    d. Kumpulkan keluarga pada waktu makan bersama (sahur atau iftor) setiap hari, dan berbuka puasa bersama paling kurang 3 kali.

    e. Haji dan Umrah (duduk selepas Subuh) sekali, bersama isteri dan anak-anak.

    f. Sediakan perhiasan raya di rumah atau kediaman, serta di kawasan persekitaran.

    3. Tugasan bersama orang-orang salih

    a. Lebihkan sudut imani dan rohani dalam tugas-tugas bersama dalam tempoh itu, dan baca sedikit mengenai kelebihan 10 hari tersebut.

    b. Do’a untuk saudara-saudara yang tiada, dan untuk saudara-saudara yang sedang berjihad di Palestin dan di tempat-tempat lain.

    c. Ziarahi guru-guru, dan mengambil faedah daripadanya, serta mencari-cari bekalan di sisinya.

    d. Berbuka puasa bersama-sama satu kali, sama ada di masjid atau di rumah.

    e. Sebarkan semangat takaful (saling mengimbangi) dan semangat kasih-sayang bersama sahabat-sahabat.

    f. Pertemuan sebelum Subuh di masjid, dan menunaikan solat Tahajjud bersama-sama, paling kurang 2 kali.

    g. Iktikaf pada waktu malam, dari waktu Maghrib hingga Subuh, ataupun tidur bersama.

    h. Lakukan tugasan-tugasan dakwah dan harakah dan apa-apa yang sesuai dengannya, dengan cara yang sempurna.

    4. Tugasan bersama masyarakat umum

    a. Sebarkan kelebihan-kelebihan 10 hari Dzulhijjah, dan mendorong masyarakat untuk mengambil seberapa banyak faedah padanya.

    b. Berbuka puasa besar-besaran bersama ahli-ahli kawasan kediaman, untuk mewujudkan ikatan di antara mereka.

    c. Turut serta dalam kerja-kerja kemasyarakatan setiap minggu.

    d. Bersedekah kepada keluarga yang miskin.

    e. Memberikan sumbangan kepada Palestin pada waktu berbuka puasa (dengan berdoa), dan ajak sesiapa yang dikenali, mualakan dengan diri sendiri.

    5. Tugasan pada Hari Raya (pagi dan malam)

    a. Hidupkan malam dengan qiyamullail.

    b. Mengambil bahagian dalam persiapan solat raya, dan solat bersama orang-orang salih.

    c. Menyembelih korban (bagi sesiapa yang mampu), dan jangan lupakan hak orang-orang fakir.

    d. Turut serta dalam mengumpulkan kulit-kulit binatang korban.

    e. Berbuat baik kepada ibubapa, dan menziarahi ahli keluarga dan sahabat-sahabat, serta mengucapkan tahniah.

    f. Menggembirakan ahli keluarga dan anak-anak.

    Tips untuk berjaya dalam projek ini

    1. Bekerjasama bersama sahabat-sahabat dalam melaksanakan tugasan dalam bentuk kumpulan.

    2. Menyertakan masyarakat bersama-sama tugasan ini, boleh jadi orang yang disampaikan lebih berkesan daripada pendengar.

    3. Berdo’a dan bertawassul kepada Allah supaya menolong kita dalam melaksanakan tugasan ini.

    4. Sentiasa perbaharui niat dan azam, dan mengingati bahawa niat seseorang lebih terkesan daripada perbuatannya.

    5. Berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan dengan mengambil kira setiap anasir-anasirnya, sekiranya tidak mampu, maka buatlah apa yang termampu. Perbaiki dan sentiasa mendekatkan (kepada yang lebih baik), dan jangan berputus asa.

    Pesanan khusus untuk projek ini

    1. Fokus untuk kebersamaan setiap individu, mempelbagaikan niat, ihsan dalam beramal, dan setiap orang hendaklah menjadikan target masing-masing (al-Quran, silaturrahim, qiyam dsb.) pada tempoh tersebut sebagai suatu projek untuk disiapkan.

    2. Membuka ruang seluasnya kepada masyarakat serta menggerakkan orang lain.

    3. Sekiranya mempunyai isteri dan anak-anak, jangan lupa untuk menyertakan mereka dalam projek rabbani ini.

    4. Sekiranya ada teman yang baik, maka buatlah persetujuan dengannya untuk ikut program ini, serta saling mengingatkan. Sekiranya ada masa untuk lakukan ia bersama-sama, maka itu lebih baik.

    5. Berusaha untuk menyebarkan perkara ini dalam ruang kediaman ahli keluarga, sahabat handai, jiran-jiran, dan teman-teman.

    6. Ikatkan keazaman untuk meneroka 10 hari Dzulhijjah pada tahun ini, dengan sepenuh usaha, dalam ketaatan kepada Allah. Jangan lupa untuk membuat amal-amal salih secara sembunyi (hanya di antara dirimu dan Tuhanmu)

    Diambil dari ismamesir

    Advertisements
     
  • ibadmenulis 11:30 pm on November 16, 2008 Permalink | Reply  

    Harga Sebuah Transaksi 


    Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah:214)

    Setiap Muslim akan semakin dekat mencapai tujuan yang diperintahkan Allah kepadanya bilamana ia semakin berat menghadapi penganiayaan, atau mati syahid di tengah perjuangannya.

    Oleh sebab itu, seorang Muslim tidak patut berputus asa apabila menghadapi penderitaan atau cubaan berat. Bahkan dia harus semakin optimis terhadap kemenangan apabila dalam perjuangannya mewujudkan perintah Allah tersebut, semakin banyak ia menghadapi cubaan dan penyiksaan.

    Itulah sebabnya mengapa Rasulullah saw pernah menyampaikan berita gembira bahawa Allah akan menaklukkan negeri Persia dan Romawi kepada mereka. Sungguhpun demikian, kedua imperium tersebut baru dapat ditaklukkan setelah wafat Rasulullah saw. Adalah sesuai dengan kemuliaan Rasulullah saw di sisi Allah, jika Allah menaklukkan negeri-negeri tersebut di masa pemerintahan Rasulullah saw di bawah pimpinannya secara langsung bukan oleh salah seorang pengikutnya. Tetapi, sesungguhnya kemenangan itu berkaitan dengan ketetapan dan sunnatullah yang disebutkan di atas.

    Kaum Muslimin semasa hidup Rasulullah saw belum “membayar” sepenuhnya “harga” kemenangan mereka di Syam dan Iraq. Sebelum kemenangan, “harga” itu harus dibayar sepenuhnya. Ya, mereka harus membayar harga kemenangan itu terlebih dahulu, sungguhpun Rasulullah saw ada di tengah-tengah mereka. Terbukanya dan tertaklukkannya suatu negeri tidak berkaitan dengan nama Rasulullah saw atau harus di bawah pimpinannya (walaupun dengan kecintaan Allah yang begitu besar kepada Rasulullah saw). Tetapi masalahnya ialah, bahawa kaum Muslim yang telah berbai’at kepada Allah dan Rasulnya itu harus membuktikan kebenaran bai’at (janji setia) mereka, dan membuktikan kebenaran janji mereka kepada Allah setelah mereka menandatangani “transaksi jual-beli” dengan Allah di bawah firman-Nya:

    Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (At-Taubah:111)

    Dipetik dari: Sirah Nabawiyah: Kajian Mendalam Manhaj Gerakan Islam Pada Masa Rasulullah saw oleh Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthy (Fiqhus Sirah: Dirasat Minhajiah Ilmiyah Li-Siratil Musthafa Alaihi Shalatu Wa-Salam)

     
    • JHaZKiTaRo 10:49 pm on November 27, 2008 Permalink | Reply

      salam dari Dublin.. pekaba?? saje2 bloghopping, terhop ke sini pulak.. anyway, kalau rajin, dtg laa jenguk2 blog hamba.. 🙂

    • tomodachi 1:04 pm on May 10, 2010 Permalink | Reply

      minta izin copy paste~ jzk

  • ibadmenulis 9:07 pm on October 4, 2008 Permalink | Reply  

    persuasion 

    The art of persuasion is something that we all should need to master. most people (no citation here just based on observation) usually end up being on the extreme side. either they are too dictating, or end up being too happy-go-lucky if you know what i mean.

    you want to ask this guy, hey let’s go  with me there’s a very exciting event tomorrow. how do you really ask him/her? one answer to most of the question i have ever encountered in this world is this: It Depends.

    yeah it really depends. i know there are some people out there that just doesn’t like to be “watch” and “stalked” all the time (well who does?) sorry. let me rephrase. i know there are some people out there that just doesn’t like to be bossed around, and just hate people busy-bodying around him. Note: the term “bossed-around” and “busy-bodying around” are just a matter of perspective and perception. (i will elaborate this in the footnote).

    to handle this type of people, you need to apply to them a skilled and not-so-frequent touch of magic (not sihir, just a figure of speech). it’s like you pass him by,and walla, there it goes, the message is delivered. do not be too direct. not too scheme (i’m trying to say “jangan jadi skema sangat”). usually this habit or characteristic are found inside a teenager. about the age of 15-17. but yeah although he’s 21 it’s somehow still there. it can hardly work if you go with the usual way of “hey would you like to go here and here”, you will keep getting a “i’ll think about that” or “tengok la nanti”. it’s just not cool to follow your order. get what i’m trying to say?

    but when we encounter too much of this people, and suddenly when we meet the other extreme, we will find it very hard to tune up our mind. these people really want you to ask about him/her. but not to stalk them. just show that you care. anyhow this is still just my personal opinion. it may be right it may be wrong (just another version of “it-depends”). and for the second type of people. please do reduce the “its-up-to-you-lah” attitude when delivering him a message. do not be afraid from being caught as a “busy-body”, because they kind of like it i guess.

    Footnote: it’s not busy body or even bossy when you are awake, and people are still sleeping in a house burning with flame and fire, when you put an effort to wake them up. as i said earlier, it’s just a matter of perception. things that you do may be seen  differently. So just try to reduce this perception, so that his decision about waking up from sleep wouldnt be affected, or at least minimised. i’m not saying that you should wake them up in a harsh way. i’m saying that the problem that concerned me more is people are minimising their effort to wake people up because of their own perception about other people’s perception.

    this enry, like other entries, are dedicated especially for me and if applicable, to you dear readers as well.

    selamat hari raya 🙂

     
    • Imran 7:14 pm on October 5, 2008 Permalink | Reply

      Hmm that’s so true… Even I sometimes pretend not to be bothered just to avoid this ‘busybody’ label being put upon myself. Kudos to the writer for this simple piece of reminder.

      Wassalam

    • pacha 5:51 pm on October 6, 2008 Permalink | Reply

      u shall recommend this book to ajis.not an order.but an obligation.haha

  • ibadmenulis 3:30 am on August 7, 2008 Permalink | Reply  

    bagaimana untuk tidak mementingkan diri sendiri 

    selfish

    selfish

    selalunya bila kita dapat sesuatu, apa yang bermain di fikiran kita sebaik saja kita mendapatinya?

    Contoh:

    1. bila mendapat scholarship/gaji bulanan:
      • “dapat juga bayar sewa bulan ni” atau;
      • “infaq aku bulan ni, macamana ye. Munir dah settle ke masalah duit dia haritu?”
    2. tiba2 mendapat bungkusan dari malaysia:
      • “kali ni apa yang mak kasi pada aku ni?” atau;
      • “apa yang Munir akan dapat kali ni?” (Munir bukan penerima kotak tersebut)
    3. Dapat makanan best:
      • “best ni. siapa cepat dia dapat la. huhu. silap la letak atas meja” atau;
      • “eh, yang lain dah makan ke. Nyam.. Nyam..” atau;
      • “diorg mesti suka ni!”
    4. Masa yang lapang:
      • “eh, akhi X dah update blog belum ni. usha jap lah” atau;
      • “banyak benda nak disettlekan ni. masa ni lah nak selesaikan semuanya!”
    5. Member pinjam kereta, dan accident:
      • “tidaaaaaaaaaaak! keretaku!” atau;
      • “tidaaaaaaaaaaak! sahabatku!”

    seperti biasa, contoh2 yang anda dapati dalam blog ini pastilah extreme belaka. namun setakat mana akhlak kita telah terbentuk?andai belum mencapai tahap yang baik diatas, maka banyak lagi usaha yang perlu kita lakukan, sehinggalah surah al-hasyr ayat 9 terealisasi dalam diri kita.

    usaha2 perlu diterapkan dan dilaksanakan untuk melatih diri kita ithar (mementingkan orang lain), antaranya:

    1. cuba hakis sikap possessive dalam diri. sebagaimana maksud hadis Rasulullah SAW, yang lebih kurang maksudnya, “hendaklah kita bersabar daripada meminta hak orang lain, dan bersabar dalam memberikan hak kita”. budayakan amalan memberi. dan tahan tangan dari meminta seboleh mungkin
    2. muhasabah selalu: tetapkan dalam sehari, BILA nak muhasabah, dan TULIS atau SENARAIkan perkara2 yang hendak dimuhasabah, atau boleh muhasabah secara time-wise, yakni melihat kembali perkara2 yang dilakukan sejak bangun tidur hingga tidur kembali
    3. bacalah kisah2 sirah dan sahabat. cuba tiru sikit2 apa yang mereka dah buat.

    Wallahu’alam…

    Added note: seandainya berlaku situasi ini: seorang sahabat kita (tidak kira siapa, melayu, aussies, egyptian etc) kelihatan tiada teman untuk solat berjemaah (walhal kita sudah pun bersolat), maka seeloknya…

    1. pada yang dah solat: seandainya kita punya kelapangan waktu, sedekahkan pahala solat berjemaah dengan menawarkan untuk solat bersama. juga seolah2 kita sedekahkan masa kita pada dia (ingat, apa yang kita sedekahkan, akan kembali pada kita juga, i.e. ganjaran dari Allah SWT. Jadi tak sepatutnya ada perasaan risau duit habis jika sedekah duit, dan begitu juga risau masa habis jika sedekah masa).

    2. pada yang belum solat: jika kita tiada teman utk solat, sebaiknya kita:  i) mengurus masa kita spy keadaan solat seorang tidak berlaku, ii) tidak meminta masa orang lain. tapi kalau dioffer maka terima sahajalah. memanglah kalau kita minta sahabat kita untuk solat dengan kita, seolah kita memberi ruang untuk dia dapat pahala, maka mengapa dia mesti menolak bukan? tapi situasi di sini (imo) samalah juga seolah kita meminta sahabat kita untuk mendermakan duitnya pada kita dengan alasan dia akan dapat pahala jika berbuat demikian.

    senang cerita, fastabiqul khairat. (tapi tak senanglah nak buatnya)

     
  • ibadmenulis 12:50 am on July 28, 2008 Permalink | Reply  

    rejection 

    rejection

    rejection

    bismillahirrahmaanirrahim.

    sebagai seorang daie haruslah kita bersikap optimis. tajuk entri kali ini bukan untuk melemahkan jiwa, tapi untuk meneguhkannya. perkara ini amat berkaitan dengan diri yang bergelar sang murabbi.

    Nuh:5

    Nabi Nuh a.s. berdakwah selama 1000 tahun kurang 50, dan hasilnya memang amat sedikit. bayangkan betapa banyak rejection yang diterima oleh Nabi Nuh a.s. Kezaliman dan kedurhakaan kaum Nuh sememangnya telah ‘diiktiraf’ oleh Allah swt di dalam surah yang lain:

    An-Najm:52

    “jadilah seperti pokok, dibaling batu dan dibalas buah”. kata2 ishab juga menjadi pendorong untuk menjadi lebih teguh. pelik kadang2 dengan kisah2 pejuang2 terdahulu. terus dan terus dan terus ke depan walau beribu ujian menimpa.

    rejection mereka bukan sekadar manusia tidak menerima ajakan, bukan sekadar manusia mengunci pintu bilik dan tidak menjawab panggilan loceng, bukan sekadar manusia tidak mengangkat handset, dan sebagainya, namun ia jauh lebih hebat.

    Rejection dakwah Rasulullah SAW luka dan berdarah ketika peristiwa Ta’if. (tak termasuk segala jenis perang dalam riwayat kehidupan baginda SAW)

    Rejection dakwah Nabi Nuh a.s. dengan kedegilan kaumnya sehingga mereka memasukkan jari-jemari ke dalam telinga dan memasukkan muka ke dalam baju dan mempermainkan ajakan Nabi Nuh a.s., tak termasuk makran kubbaara (tipu daya yang amat besar oleh kaumnya).

    Rejection dakwah Nabi Musa a.s. dengan kedegilan bani israel, yang dah diberi macam2 nikmat dan petunjuk, termasuk dimatikan dan dihidupkan semula, pun terus menerus ingkar dan mengkhianati Nabi Musa a.s.

    Rejection dakwah Nabi Ibrahim a.s., tak puas hati terus nak bakar dalam unggun api.

    ..dan banyak lagi.

    Rejection kita baru sedikit, janganlah terus mengeluh. kadang2 da’ie fobia dengan rejection, hingga melemahkan semangat untuk mencuba dan berusaha. ada pula yang tinggi ego, takut direject nanti hancur luluh hati menahan kesakitan rejection.

    hati kita

    milik Allah SWT

    hancur luluh hati kita

    bukan suatu kehinaan

    malah kemuliaan

    suatu pengorbanan

    yang dijanjikan Allah ganjaran

    dan dijauhi kehinaan yang lebih besar

    di akhirat yang kekal abadi…

    semoga diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk terus beramal.

    Wallahu’alam

     
    • Imran 6:36 am on July 29, 2008 Permalink | Reply

      Jazakallahu khair ya akhi atas tulisan yang menarik ini…

      Ana pun sebenarnya hampir2 mengalah satu ketika dahulu berhadapan dengan resistance dan rejection yang kuat. Alhamdulillah ana masih meneruskan perjuangan yang tidaklah seberapa ini jika dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh golongan anbiya’ dan daie terdahulu.

    • Abu Hamzah 11:56 pm on August 20, 2008 Permalink | Reply

      ” Adakah manusia mengira mereka akan ditinggalkan selepas mereka beriman sedangkan mereka tidak diuji. Sesungguhnya Kami telah menguji mereka yang sebelum kamu. ”

      Salam Ziarah
      Jumpa di Msia. IA

  • ibadmenulis 1:04 am on July 25, 2008 Permalink | Reply  

    aku perlu melakukan sesuatu 

    ilmu

    ilmu

    bismillahirrahmanirahim.

    semester baru akan bermula (bagi sesetengah mereka ada yang telah pun bermula). hari ini saya masih terus memikirkan cara bagaimana untuk menaikkan dan menambah-baikkan result atau keputusan peperiksaan sahabat2 saya di sini. Terus-terang saya katakan, result saya taklah sehebat mana. Mudah kata “oklah jugak”. tapi saya tidak merasakan ia menjadi penghalang untuk saya melakukan apa yang termampu untuk membantu mereka.

    chatting2, sembang2, bincang2, baca2. timbullah beberapa idea. tapi saya juga memerlukan idea dari para pembaca semua. Alhamdulillah ini idea yang terhasil setakat ni. InsyaAllah saya akan mempraktikkan idea2 yang ada ni untuk kebaikan kita bersama.

    mutabaah

    • bagi yang tak pernah tahu, maksud mutabaah ini adalah peng”follow-up”an. dalam kita beramal, boleh melakukan proses mutabaah. sebagai contoh, dalam seminggu, rekodkan berapa kali qiyamullail, berapa mukasurat quran kita tilawah, berapa line ayat quran kita hafaz dan sebagainya.
    • saya yakin dah ramai pun yang dah implement dah melaksanakan perkara ni. ya’ni merekodkan dalam seminggu berapa jam kita study. tapi saya rasa tak cukup. tak menunjukkan kita cukup serius dalam study kita.
    • dalam masa terdekat saya akan cuba menyediakan template borang mutabaah yang efektif.

    sesi study bersama

    • dalam seminggu, atau dua minggu sekali, buat satu sesi belajar bersama2. mungkin dengan adanya suasana lebih mudah.

    pengurusan masa

    • rancang ke depan. hari ahad setiap minggu mesti dah ada dalam jadual kita apa yang nak study dan bila. ambil masa setengah jam untuk rancang. saya dah ada template, insyaAllah saya akan uploadkan (bunyi seperti prokrastinasi, tapi sebenarnya tidak kerana file berada dalam komputer saya, akan tetapi kini saya menggunakan komputer orang lain).

    mengambil berat hal orang lain

    • cari seorang partner. macam saya, amik course yang mmg orang tak ambil, jadi memang sukar mencari partner. tapi kalau jumpa, memang menarik. selalu tanya dan beritahu apa yang anda dah tahu dan anda belum tahu. ciptakan satu suasana kompetitif dan timbulkan rasa persaingan. jangan sampai rasa hasad, tapi masing2 berlumba dan bantu membantu.

    muhasabah selalu

    • sama macam point pertama saya, i.e. mutabaah. ada borang mutabaah tapi tak isi tak guna juga (peringatan utk diri saya dan anda semua). jadi perlu ada masa set untuk muhasabah. ingatlah ijazah adalah alat untuk mencapai risalah. kalau tak ada cangkul macamana nak bercucuk tanam. jangan ambil mudah ye. (on the other hand jangan pula terlampau memberati (baca: extreme) dalam meraih alat) berfikir secara objektif ye sahabat2 yang saya kasihi sekalian.

    Itu sahaja setakat ni. Feel free untuk kongsikan idea dalam ruangan komen di bawah.

    Wallahu’alam.

     
  • ibadmenulis 1:01 pm on June 13, 2008 Permalink | Reply  

    idea cerita 

    Dalam kesibukan (orang lain) berexam, sempat saya menconteng2 di atas kertas. tak siap lagi. kalau rasa2 boleh teka macamana jalan ceritanya cubalah. hehe.

     
  • ibadmenulis 12:33 pm on May 31, 2008 Permalink | Reply  

    Obses 

    Bismillahirrahmaanirrahiim..

    Ziarah ke rumah sahabat tadi terasakan amat berharga. Seperti detik2 yang selainnya, bila hati disapa hidayah, syukur setinggi2nya pada Allah Yang Maha Esa. Perbualan saya dengan sahabat saya alhamdulillah banyak memberikan feedback tentang di mana kini saya berada dan apa yang perlu saya buat untuk ummat ini seterusnya.

    Sejak akhir2 ini saya terfikir juga, mengapa saya melakukan sesuatu kerja. Jawapan mudah (untuk dikata tapi sukar untuk dilaksana), tentulah untuk Allah SWT. Namun setakat mana kita benar2 menghayati pekerjaan itu sebagai suatu tanggungjawab daripada Allah SWT. Inilah antara topik2 yang kami bincangkan sepanjang perjalanan lebih 45 minit tadi.

    Apakah obsesi kita pada masa ini, detik ini, saat ini? Tanya diri anda, pilihlah jawapan anda, lakukan dan koreksi apa yang sepatutnya:

    1. Study saya
    2. Keluarga saya
    3. Duit saya
    4. Periuk nasi saya
    5. Scholar saya
    6. Karier saya
    7. Dakwah (saya?)

    Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka). (At-Taubah:24)

    Saya menyeru diri saya dan anda semua untuk berfikir secara kritikal, apakah yang kita faham dengan obses. Sekiranya kita obses dengan study kita. Apakah manfiestasinya?

    Obses Study:

    1. Tidak sabar untuk ke lecture esok pagi walaupun slot isnin jam 9 pagi.
    2. Setelah tamat satu chapter textbook yang kita baca, tidak sabar untuk ke chapter seterusnya, sehingga tidak dapat tidur malam kerana tidak mengetahui apakah isi kandungan chapter seterusnya.
    3. Menyiapkan past year paper subjek yang akan diambil pada semester hadapan.
    4. Memberikan material tambahan kepada tutor seperti petikan-petikan berkaitan topik terkait subjek semasa tutorial sebagai alat bantu mengajar dan untuk memberikan kefahaman lebih kepada ahli2 tutorial yang lain
    5. Menyiapkan assignment yang diberikan lalu meneruskan dengan assignment2 subjek yang sama dari laman web universiti lain.

    Ya.. mungkin nampak agak extreme. Tapi bagi saya untuk anda jadi pelajar yang cemerlang, ini tidaklah extreme, dan berlaku pun pada sesetengah pelajar kita.

    Sekarang mari kita lihat bagaimana pula jika kita obses dengan dakwah?

    Disclaimer: saya tidak mengatakan dakwah dan study suatu perkara yang jelas terpisah. Tapi saya berharap para pengunjung blog sudah cukup dewasa untuk membezakan definisi dakwah yang cuba saya maksudkan di sini. Study = wasilah/alat; Dakwah = ghayah/matlamat

    Obses Dakwah:

    1. Sukar untuk tidur malam kerana memikirkan sahabat/mad’u kita yang memerlukan bimbingan kita
    2. Berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan hadis ‘Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi sahabatnya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri’. Banyakkan memberi, kurangkan menerima/meminta
    3. Tidak sabar untuk menghadiri sesi-sesi atau kelas-kelas secara berkala untuk kita duduk beriman sejenak, lantas bersegera melakukan segala persediaan yang terkait, seperti melakukan pra-pembacaan bahan dengan rapi, dan sebagainya
    4. Setelah tamat satu chapter buku yang kita baca, tidak sabar untuk ke chapter seterusnya, sehingga tidak dapat tidur malam kerana tidak mengetahui apakah isi kandungan chapter seterusnya. (novel2 cerpen islami tidak termasuk dalam kategori ini)
    5. Bukan sekadar menziarahi ‘touch-n-go’ sahabat dan mad’u, akan tetapi kita ‘hidup’ bersama mereka.
    6. Melakukan kajian eksternal terhadap bacaan berkala dan mencari sebanyak mungkin sumber2 dari pelbagai buku
    7. Bersemangat melaksanakan mas’uliyyah (tgjwb) yang diberikan. Tanam dalam diri rasa tanggungjawab, responsibilities, dan accountability atas perkara yang telah dipertanggungjawabkan. Buat bukan kerana disuruh, tetapi kerana perlu menyelamatkan ummat.
    8. Tidak sabar menunggu saat kita dapat berkhalwat dengan Allah SWT ketika berqiamullail. Pagi yang dilalui dipenuhi dengan anticipation untuk hadir ke saat malam menjelma agar diri dapat bangun bertahajjud meminta pengampunan daripada Allah SWT.
    9. dan banyak lagi yang saya rasa kita mampu tuliskan lagi…

    Nahnu Qaumul Amaliyyun. Kita kaum yang praktikal. Obseslah dengan dakwah mu, kemudian obseslah dengan wasilah2mu. Perkukuhkan dasar… insyaAllah mudah untuk menyempurnakan wasilah… (e.g. sayangilah dakwahmu, maka sayangmu pada studymu, keluargamu, duitmu, periuk nasimu, scholarmu, dan kariermu akan dipelihara oleh Allah SWT dari sebarang penyelewengan insyaAllah).

     
    • Awe 10:17 am on June 14, 2008 Permalink | Reply

      Salam…menarik….moga terus beramal =)

  • ibadmenulis 2:12 am on May 10, 2008 Permalink | Reply  

    Painter – Day 2 

    Sambungan kembali. Perkongsian kerjaku sebagai tukang cat bulan lepas.

    Day 2

    Hari pertama telah dilalui dan diakhiri dengan kemahiran mengecat yang telah diperoleh.

    Maka pada hari kedua saya menjangkakan segalanya akan smooth sailing. Tak sangka rupanya pada hari kedua saya telah diuji dengan ketahanan fizikal. Hari kedua ternyata lebih hangat dan panas dari sebelumnya.

    Pada hari pertama saya mengalami kesukaran untuk menghilangkan kesan cat yang ada di tangan. Hari pertama saya tidak dibekalkan dengan sarung tangan, maka saya telah membelinya pada hari kedua. Alhamdulillah, lebih mudah kerja.

    Pengajaran:

    1. Kehidupan kita penuh dengan ujian. Dan sekiranya kita berjaya melepasi satu ujian, maka ujian seterusnya akan lebih hebat. Dan ganjaran yang dijanjikan juga lebih hebat. Andai kita masih di takuk lama, tidak lepas2 ujian yang sama (tahapnya), maka sampai bila2 pun kita akan di tahap ujian yang sama.
    2. Keputusan saya untuk membeli sarung tangan adalah suatu inisiatif sendiri. Kerana menyedari perlunya melakukan sesuatu untuk memudahkan kerja. Majikan telah membekalkan untuk saya hampir segala-galanya, baju overall, berus cat yang pelbagai bentuk, kain rentang, kertas pasir dan banyak lagi. Tapi dia terlupa tentang sarung tangan. Kondisi dan situasi ummah sekarang SANGAT memerlukan kita untuk melakukan sesuatu. Tapi sayangnya masih ramai yang lena dibuai mimpi indah yang menipu. Lihat analogi ini:
      Masalah Simptom Solusi
      Tangan kotor –> Susah nak tanggal cat–> beli sarung tangan
      Islam dizalimi–>
      Masalah sosial –> jihad dan dakwah
      Perlu difahami di sini tangan saya yang kotor memang mudah untuk disedari sebab ia memang secara fizikalnya berlaku dan memberi kesan di hadapan mata saya sendiri.
      Akan tetapi masalah2 ummat yang berlaku, hatta seandainya kita juga masih lagi sebahagian dari masalah itu, ia sememangnya tidaklah mudah untuk kita sedari.

      [Ali-Imran:14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

    3. Sekiranya saya update blog ini lebih awal, maka saya tidak akan terlupa pengajaran yang saya dapat tempoh hari. To be honest, saya dah lupa sebenarnya apa lagi pengajaran2 yang saya dapat. Semoga Allah mengampuni kelalaian saya.

    Day 3

    Hari ketiga saya mendapat tugas yang lebih sukar. Saya dikehendaki mengecat di sebalik pokok2 yang tumbuh betul2 di sebelah pagar yang hendak dicat. Memang sempit. Dan memang sukar. Kali ini habis rambut2 saya juga terkena serpihan cat.

    Pengajaran:

    1. Perjuangan ini memang perlu pada pengorbanan. (to be continued…)
     
    • alfatih 12:41 pm on May 18, 2008 Permalink | Reply

      It’s enticing to see your perfect definition of masterpiece.
      Anyway, keep up the good work, Michaelangelo.

  • ibadmenulis 11:31 pm on April 17, 2008 Permalink | Reply  

    Painter – Day 1 

    Bismillah.

    Tiga hari lepas, saya kerja part time mengecat pagar. Believe it or not, ini employment saya pertama setelah graduate.

    Doa saya agar urusan kerja dipermudahkan nampaknya Allah telah makbulkan. Syukur setinggi dipanjatkan pada Allah yang Maha Luas rahmatNya.

    Kenapa saya kata begitu, kerana saya telah memperoleh hikmah2 yang bagi saya amat bernilai walaupun kerja hanya memakan masa 2-3 hari:

    Day 1

    Saya kerja separuh hari sahaja. Dah lebih 6 tahun tak mengecat. Hasil pertama saya hanya Allah saja yang tahu.

    “I’m sorry for such a horrible paint work on this bit”

    fenceTiada guru untuk mengajar. Apa yang saya buat, hanya dengan melihat hasil kerja mereka pada beberapa pagar yang telah mereka cat sebelum ini.

    Setelah beberapa keping dicat, akhirnya pada kepingan yang ke-4, ke-5 dan seterusnya, saya telah menghasilkan master piece.

    Pengajaran:

    1. Untuk mengecat pagar yang belum dicat, saya perlu melihat hasil atau contoh finishing yang telah dihasilkan sebelumnya. Jika baik hasil yang saya jadikan guideline, maka baiklah hasil saya. Di sini tersirat kepentingan memiliki akhlak yang baik bagi seorang daie, sebagai qudwah. Untuk menghasilkan yang hebat memerlukan kualiti akhlak yang hebat.
    2. This is what we call, OJT ataupun On-the-job training. Dakwah pun begitu juga. Anda tak tahu bagaimana menyampaikan mesej islam dengan baik?Praktis dulu nanti kita semak dan bincang sama2. Latihan untuk berdakwah adalah semasa anda mempraktikkannya. Kelayakan untuk berdakwah adalah syahadah anda. Dalam masa yang sama tuntut ilmu2 yang relevan dengannya.
    3. Masterpiece hanya akan terhasil apabila kita jatuh, bangkit, dan jatuh semula. dan bangkit semula. Kesilapan yang berlaku bukan melemahkan, tapi memperbaiki kualiti anda sebagai seorang insan. Ujian Allah yang berjaya dilepasi akan meningkatkan kualiti kita dalam bentuk2 yang Allah kehendaki, baik dari segi akhlak, kemahiran, pengetahuan dan sebagainya.

    Wallahualam…

    …bersambung (next entry – Day 2)

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel