Sejenak berevaluasi dan berkalkulasi

Daripada Abu Musa: Seorang Badwi datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah, ada seorang lelaki berperang demi harta rampasan, ada yang berperang supaya dirinya disebut-sebut orang sebagai pahlawan dan ada pula berperang supaya dilihat kedudukannya, dalam riwayat lain; Ada yang berperang kerana keberanian; ada yang berperang kerana membela keluarga dan suku kaumnya. Dalam riwayat lain; Ada yang berperang kerana kemarahan, maka siapakah di antara mereka yang dikatakan berjuang di jalan Allah? Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang berperang demi tertegaknya kalimah Allah yang tinggi maka dia sudah berjuang di jalan Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pastikan hanya kerana Allah.

Bukan kerana menjaga maruah graduan Australia.

Bukan kerana takut orang kata tak buat kerja.

Bukan kerana nak orang melihat sebagai pemberani.

Semuanya…
hanya kerana Allah SWT.