Sentuhan yang Mencipta Sejarah

Ingatkah lagi peristiwa di mana Jibril A.S. turun ke gua hira’ untuk menyampaikan wahyu pertama kepada Rasulullah S.A.W.? Malaikat yang digelar juga sebagai Ar-Ruuh mengikut ulama tafsir ini telah buat pertama kalinya berjumpa dengan baginda S.A.W. dalam jelmaan seorang lelaki. Rasulullah S.A.W. kemudian dipeluk seeratnya, seraya Malaikat Jibril A.S. menyampaikan mesej pertama islam

“Iqra'”, Bacalah…

Sehinggalah akhirnya dilepaskan baginda S.A.W.

Tentu juga kita masih ingat akan peristiwa Islamnya Saidina Umar al-Khattab. Setelah membaca lembaran surah Taaha dari adik kandungnya, Fathimah binti al-Khattab, terus Umar bertanya pada mereka,

“Dimanakah Muhammad?”

Khabab, salah seorang sahabat Nabi yang mulanya bersembunyi, akhirnya keluar dan terus memberitahu pada Umar, di mana Muhammad S.A.W. berada.

“Di rumah Al-Arqam”

Terus Saidina Umar al-Khattab keluar untuk berjumpa dengan Muhammad. Sesampai di rumah al-Arqam, Umar masuk dan Rasulullah pantas terus memegang badan Umar hingga terjatuh Umar akibat goncangan tangan Rasulullah S.A.W.

“Wahai Umar! Sudah tiba masanya untuk kau masuk islam!!”

Kedua-dua peristiwa di atas merupakan suatu hint kepada kita semua betapa pentingnya sentuhan dalam usaha dakwah kita. Janganlah malu-malu, buanglah barrier2 yang ada. Sentuhan lima saat itu sememangnya lebih berharga dari leteran2 dan tembakan2 kita.

Wallahu’alam…