bersangka baik (dengan diri sendiri)

Ibnu al-Qaiyim berkata: “Sangka baik terbadap diri sendiri menghalang pemeriksaaan yang sempurna. Seterusnya diri akan keliru, memandang kejahatan itu baik dan kecacatan itu kesempurnaan. Tiada sesiapa yang bersangka buruk pada dirinya kecuali orang yang mengenali dirinya. Sesiapa yang bersangka baik pada dirinya, bermakna dia adalah orang yang paling jahil tentang dirinya. (Darjat Muhasabah: Madarij as-Salikin, m.s. 131)