Jangan bermasam muka

Maksud hadis: “Senyum anda di hadapan saudara anda adalah sedekah. Jangan menganggap remeh suatu kebaikan, meskipun hanya menampakkan wajah yang berseri saat anda bertemu dengan saudara anda”.

Demikianlah Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita, kerana bermuka masam di hadapan orang lain, secara langsung pasti akan membuat orang lain lari dari anda dan memusuhi anda. Setiap orang yang didekati pasti ketakutan. Kerana itu, barangsiapa yang ingin menarik simpato orang lain, ia harus bisa menahan perasaan peribadinya saat bertemu dengan orang lain. Jangan sampai kegundahan hati anda terlihat di hadapan saudara anda. Ada sebahagian orang menyangka bahawa sedikit senyum menunjukkan keseriusan yang membuat orang lain bersimpati dan menghormatinya. Pada kenyataannya tidak demikian.

Petikan di atas saya ambil dari sebuah buku tulisan Muhammad Abduh, Maza Ya’ni Intima lil Dakwah. Tulisan ini dipetik dari salah satu bahagian bagaimana menarik simpati dan rasa hormat orang lain. Disambung lagi selepasnya, akibat dari perbuatan sedikit senyum dengan harapan menggambarkan keseriusan, mungkin akan menarik simpati orang lain, namun ia lahir dari rasa takut, bukan rasa senang. Ia lahir dari rasa benci, bukan rasa kasih dan sayang. Maka, barangsiapa yang ingin mencari simpati orang lain dan mengambil hatinya, hendaklah senyum ceria selalu menghiasi wajahnya ketika bertemu dengan orang lain.

Wallahu’alam.