optimis

Telah saya katakan pada entri sebelum ini. daie harus bersikap optimis. saya menghadiri sebuah ceramah yang dianjurkan oleh salah sebuah organisasi islam tempatan di kawasan saya, dan amat tertarik dengan isi penyampaian (dan juga peribadi) penceramah. Pada sesi soal jawab, salah seorang dari para hadirin telah bertanya, tentang bagaimana menghadapi tragedi dan menjadi lebih yakin dalam hidup.

Jawapan beliau cukup mudah.

Optimis sajalah.

ya’ni yakin dan melihat sisi kebaikan yang ada pada setiap perkara. menjadi positive-thinker.

inilah akhlak muslim sebenarnya. optimisnya Rasulullah SAW tatkala muslimin dalam kegelisahan khandaq, terus sahaja memberikan cahaya harapan kemenangan islam ke atas salah satu Rom di dunia ini.

lalu bagaimana kita, bila menghadapi kesulitan?

Optimislah!!!