Obses

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Ziarah ke rumah sahabat tadi terasakan amat berharga. Seperti detik2 yang selainnya, bila hati disapa hidayah, syukur setinggi2nya pada Allah Yang Maha Esa. Perbualan saya dengan sahabat saya alhamdulillah banyak memberikan feedback tentang di mana kini saya berada dan apa yang perlu saya buat untuk ummat ini seterusnya.

Sejak akhir2 ini saya terfikir juga, mengapa saya melakukan sesuatu kerja. Jawapan mudah (untuk dikata tapi sukar untuk dilaksana), tentulah untuk Allah SWT. Namun setakat mana kita benar2 menghayati pekerjaan itu sebagai suatu tanggungjawab daripada Allah SWT. Inilah antara topik2 yang kami bincangkan sepanjang perjalanan lebih 45 minit tadi.

Apakah obsesi kita pada masa ini, detik ini, saat ini? Tanya diri anda, pilihlah jawapan anda, lakukan dan koreksi apa yang sepatutnya:

  1. Study saya
  2. Keluarga saya
  3. Duit saya
  4. Periuk nasi saya
  5. Scholar saya
  6. Karier saya
  7. Dakwah (saya?)

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka). (At-Taubah:24)

Saya menyeru diri saya dan anda semua untuk berfikir secara kritikal, apakah yang kita faham dengan obses. Sekiranya kita obses dengan study kita. Apakah manfiestasinya?

Obses Study:

  1. Tidak sabar untuk ke lecture esok pagi walaupun slot isnin jam 9 pagi.
  2. Setelah tamat satu chapter textbook yang kita baca, tidak sabar untuk ke chapter seterusnya, sehingga tidak dapat tidur malam kerana tidak mengetahui apakah isi kandungan chapter seterusnya.
  3. Menyiapkan past year paper subjek yang akan diambil pada semester hadapan.
  4. Memberikan material tambahan kepada tutor seperti petikan-petikan berkaitan topik terkait subjek semasa tutorial sebagai alat bantu mengajar dan untuk memberikan kefahaman lebih kepada ahli2 tutorial yang lain
  5. Menyiapkan assignment yang diberikan lalu meneruskan dengan assignment2 subjek yang sama dari laman web universiti lain.

Ya.. mungkin nampak agak extreme. Tapi bagi saya untuk anda jadi pelajar yang cemerlang, ini tidaklah extreme, dan berlaku pun pada sesetengah pelajar kita.

Sekarang mari kita lihat bagaimana pula jika kita obses dengan dakwah?

Disclaimer: saya tidak mengatakan dakwah dan study suatu perkara yang jelas terpisah. Tapi saya berharap para pengunjung blog sudah cukup dewasa untuk membezakan definisi dakwah yang cuba saya maksudkan di sini. Study = wasilah/alat; Dakwah = ghayah/matlamat

Obses Dakwah:

  1. Sukar untuk tidur malam kerana memikirkan sahabat/mad’u kita yang memerlukan bimbingan kita
  2. Berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan hadis ‘Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi sahabatnya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri’. Banyakkan memberi, kurangkan menerima/meminta
  3. Tidak sabar untuk menghadiri sesi-sesi atau kelas-kelas secara berkala untuk kita duduk beriman sejenak, lantas bersegera melakukan segala persediaan yang terkait, seperti melakukan pra-pembacaan bahan dengan rapi, dan sebagainya
  4. Setelah tamat satu chapter buku yang kita baca, tidak sabar untuk ke chapter seterusnya, sehingga tidak dapat tidur malam kerana tidak mengetahui apakah isi kandungan chapter seterusnya. (novel2 cerpen islami tidak termasuk dalam kategori ini)
  5. Bukan sekadar menziarahi ‘touch-n-go’ sahabat dan mad’u, akan tetapi kita ‘hidup’ bersama mereka.
  6. Melakukan kajian eksternal terhadap bacaan berkala dan mencari sebanyak mungkin sumber2 dari pelbagai buku
  7. Bersemangat melaksanakan mas’uliyyah (tgjwb) yang diberikan. Tanam dalam diri rasa tanggungjawab, responsibilities, dan accountability atas perkara yang telah dipertanggungjawabkan. Buat bukan kerana disuruh, tetapi kerana perlu menyelamatkan ummat.
  8. Tidak sabar menunggu saat kita dapat berkhalwat dengan Allah SWT ketika berqiamullail. Pagi yang dilalui dipenuhi dengan anticipation untuk hadir ke saat malam menjelma agar diri dapat bangun bertahajjud meminta pengampunan daripada Allah SWT.
  9. dan banyak lagi yang saya rasa kita mampu tuliskan lagi…

Nahnu Qaumul Amaliyyun. Kita kaum yang praktikal. Obseslah dengan dakwah mu, kemudian obseslah dengan wasilah2mu. Perkukuhkan dasar… insyaAllah mudah untuk menyempurnakan wasilah… (e.g. sayangilah dakwahmu, maka sayangmu pada studymu, keluargamu, duitmu, periuk nasimu, scholarmu, dan kariermu akan dipelihara oleh Allah SWT dari sebarang penyelewengan insyaAllah).