Painter – Day 2

Sambungan kembali. Perkongsian kerjaku sebagai tukang cat bulan lepas.

Day 2

Hari pertama telah dilalui dan diakhiri dengan kemahiran mengecat yang telah diperoleh.

Maka pada hari kedua saya menjangkakan segalanya akan smooth sailing. Tak sangka rupanya pada hari kedua saya telah diuji dengan ketahanan fizikal. Hari kedua ternyata lebih hangat dan panas dari sebelumnya.

Pada hari pertama saya mengalami kesukaran untuk menghilangkan kesan cat yang ada di tangan. Hari pertama saya tidak dibekalkan dengan sarung tangan, maka saya telah membelinya pada hari kedua. Alhamdulillah, lebih mudah kerja.

Pengajaran:

  1. Kehidupan kita penuh dengan ujian. Dan sekiranya kita berjaya melepasi satu ujian, maka ujian seterusnya akan lebih hebat. Dan ganjaran yang dijanjikan juga lebih hebat. Andai kita masih di takuk lama, tidak lepas2 ujian yang sama (tahapnya), maka sampai bila2 pun kita akan di tahap ujian yang sama.
  2. Keputusan saya untuk membeli sarung tangan adalah suatu inisiatif sendiri. Kerana menyedari perlunya melakukan sesuatu untuk memudahkan kerja. Majikan telah membekalkan untuk saya hampir segala-galanya, baju overall, berus cat yang pelbagai bentuk, kain rentang, kertas pasir dan banyak lagi. Tapi dia terlupa tentang sarung tangan. Kondisi dan situasi ummah sekarang SANGAT memerlukan kita untuk melakukan sesuatu. Tapi sayangnya masih ramai yang lena dibuai mimpi indah yang menipu. Lihat analogi ini:
    Masalah Simptom Solusi
    Tangan kotor –> Susah nak tanggal cat–> beli sarung tangan
    Islam dizalimi–>
    Masalah sosial –> jihad dan dakwah
    Perlu difahami di sini tangan saya yang kotor memang mudah untuk disedari sebab ia memang secara fizikalnya berlaku dan memberi kesan di hadapan mata saya sendiri.
    Akan tetapi masalah2 ummat yang berlaku, hatta seandainya kita juga masih lagi sebahagian dari masalah itu, ia sememangnya tidaklah mudah untuk kita sedari.

    [Ali-Imran:14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

  3. Sekiranya saya update blog ini lebih awal, maka saya tidak akan terlupa pengajaran yang saya dapat tempoh hari. To be honest, saya dah lupa sebenarnya apa lagi pengajaran2 yang saya dapat. Semoga Allah mengampuni kelalaian saya.

Day 3

Hari ketiga saya mendapat tugas yang lebih sukar. Saya dikehendaki mengecat di sebalik pokok2 yang tumbuh betul2 di sebelah pagar yang hendak dicat. Memang sempit. Dan memang sukar. Kali ini habis rambut2 saya juga terkena serpihan cat.

Pengajaran:

  1. Perjuangan ini memang perlu pada pengorbanan. (to be continued…)