Updates from May, 2008 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • ibadmenulis 12:33 pm on May 31, 2008 Permalink | Reply  

    Obses 

    Bismillahirrahmaanirrahiim..

    Ziarah ke rumah sahabat tadi terasakan amat berharga. Seperti detik2 yang selainnya, bila hati disapa hidayah, syukur setinggi2nya pada Allah Yang Maha Esa. Perbualan saya dengan sahabat saya alhamdulillah banyak memberikan feedback tentang di mana kini saya berada dan apa yang perlu saya buat untuk ummat ini seterusnya.

    Sejak akhir2 ini saya terfikir juga, mengapa saya melakukan sesuatu kerja. Jawapan mudah (untuk dikata tapi sukar untuk dilaksana), tentulah untuk Allah SWT. Namun setakat mana kita benar2 menghayati pekerjaan itu sebagai suatu tanggungjawab daripada Allah SWT. Inilah antara topik2 yang kami bincangkan sepanjang perjalanan lebih 45 minit tadi.

    Apakah obsesi kita pada masa ini, detik ini, saat ini? Tanya diri anda, pilihlah jawapan anda, lakukan dan koreksi apa yang sepatutnya:

    1. Study saya
    2. Keluarga saya
    3. Duit saya
    4. Periuk nasi saya
    5. Scholar saya
    6. Karier saya
    7. Dakwah (saya?)

    Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka). (At-Taubah:24)

    Saya menyeru diri saya dan anda semua untuk berfikir secara kritikal, apakah yang kita faham dengan obses. Sekiranya kita obses dengan study kita. Apakah manfiestasinya?

    Obses Study:

    1. Tidak sabar untuk ke lecture esok pagi walaupun slot isnin jam 9 pagi.
    2. Setelah tamat satu chapter textbook yang kita baca, tidak sabar untuk ke chapter seterusnya, sehingga tidak dapat tidur malam kerana tidak mengetahui apakah isi kandungan chapter seterusnya.
    3. Menyiapkan past year paper subjek yang akan diambil pada semester hadapan.
    4. Memberikan material tambahan kepada tutor seperti petikan-petikan berkaitan topik terkait subjek semasa tutorial sebagai alat bantu mengajar dan untuk memberikan kefahaman lebih kepada ahli2 tutorial yang lain
    5. Menyiapkan assignment yang diberikan lalu meneruskan dengan assignment2 subjek yang sama dari laman web universiti lain.

    Ya.. mungkin nampak agak extreme. Tapi bagi saya untuk anda jadi pelajar yang cemerlang, ini tidaklah extreme, dan berlaku pun pada sesetengah pelajar kita.

    Sekarang mari kita lihat bagaimana pula jika kita obses dengan dakwah?

    Disclaimer: saya tidak mengatakan dakwah dan study suatu perkara yang jelas terpisah. Tapi saya berharap para pengunjung blog sudah cukup dewasa untuk membezakan definisi dakwah yang cuba saya maksudkan di sini. Study = wasilah/alat; Dakwah = ghayah/matlamat

    Obses Dakwah:

    1. Sukar untuk tidur malam kerana memikirkan sahabat/mad’u kita yang memerlukan bimbingan kita
    2. Berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan hadis ‘Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi sahabatnya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri’. Banyakkan memberi, kurangkan menerima/meminta
    3. Tidak sabar untuk menghadiri sesi-sesi atau kelas-kelas secara berkala untuk kita duduk beriman sejenak, lantas bersegera melakukan segala persediaan yang terkait, seperti melakukan pra-pembacaan bahan dengan rapi, dan sebagainya
    4. Setelah tamat satu chapter buku yang kita baca, tidak sabar untuk ke chapter seterusnya, sehingga tidak dapat tidur malam kerana tidak mengetahui apakah isi kandungan chapter seterusnya. (novel2 cerpen islami tidak termasuk dalam kategori ini)
    5. Bukan sekadar menziarahi ‘touch-n-go’ sahabat dan mad’u, akan tetapi kita ‘hidup’ bersama mereka.
    6. Melakukan kajian eksternal terhadap bacaan berkala dan mencari sebanyak mungkin sumber2 dari pelbagai buku
    7. Bersemangat melaksanakan mas’uliyyah (tgjwb) yang diberikan. Tanam dalam diri rasa tanggungjawab, responsibilities, dan accountability atas perkara yang telah dipertanggungjawabkan. Buat bukan kerana disuruh, tetapi kerana perlu menyelamatkan ummat.
    8. Tidak sabar menunggu saat kita dapat berkhalwat dengan Allah SWT ketika berqiamullail. Pagi yang dilalui dipenuhi dengan anticipation untuk hadir ke saat malam menjelma agar diri dapat bangun bertahajjud meminta pengampunan daripada Allah SWT.
    9. dan banyak lagi yang saya rasa kita mampu tuliskan lagi…

    Nahnu Qaumul Amaliyyun. Kita kaum yang praktikal. Obseslah dengan dakwah mu, kemudian obseslah dengan wasilah2mu. Perkukuhkan dasar… insyaAllah mudah untuk menyempurnakan wasilah… (e.g. sayangilah dakwahmu, maka sayangmu pada studymu, keluargamu, duitmu, periuk nasimu, scholarmu, dan kariermu akan dipelihara oleh Allah SWT dari sebarang penyelewengan insyaAllah).

    Advertisements
     
    • Awe 10:17 am on June 14, 2008 Permalink | Reply

      Salam…menarik….moga terus beramal =)

  • ibadmenulis 8:33 am on May 24, 2008 Permalink | Reply  

    Painter – Day 3 and onwards 

    Saya rasa setakat tu dulu untuk pengajaran sebagai tukang cat. Hari ini sudah lebih dua bulan saya masih di sini. Kerja tak dapat lagi. Interview pun baru dua kali. Haritu ketemu dengan seorang ikhwah dari indonesia, sudah pun berPR di sini. Katanya pada saya:

    Saya mula-mula cari kerja di sini hampir 10 kali interview

    “Oh, 10 interview?banyaknya!”

    Ya, pada kali yang kesepuluh, tiba2 saya dapat call, dia terima saya, terus saja saya sujud syukur

    “Alhamdulillah…”

    Hm. fikir saya, 10 kali baru dapat kerja. Saya baru dua kali. Baru dua bulan lebih. Tapi kadang2 hati dah pun dah mula membisik. Saya tahu semua ini syaitan. Tapi tahu atau tidak itu satu persoalan. Persoalan yang lain adalah mampu atau tidak untuk saya terus bertahan. Kadang2 ada juga terasa “hai rasanya aku memang takleh go la dengan softeng ni. pegi interview tak perform sangat. Experience takde sgt”

    Of course la bila kita nak bercerita sesuatu yang kita tak betul2 hayati dan kuasai, segalanya seakan2 palsu dan dibuat2. Saya merasakan mungkin itu yang sering berlaku sewaktu temuduga. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

     
    • bait2perjuangan 12:33 pm on May 24, 2008 Permalink | Reply

      semoga anda terus thabat. ana doakan. satu perkara baru untuk tempuhi. anda ibarat melalui satu kawasan yg penuh lalang. anda org pertama yg melaluinya. anda perlu menebasnya terlebih dahulu bg laluan org kemudian. pahalanya, masyaAllah hanya Allah yg tahu….

    • ibadmenulis 1:01 pm on May 24, 2008 Permalink | Reply

      jzkk.

    • me 10:09 am on May 28, 2008 Permalink | Reply

      Salam,

      Saya cuma nak bg cadangan untuk mendapatkan pendapatan sambilan sebelum anda mendapat pekerjaan tetap.Saya berharap Allah akan mudahkan rezeki untuk anda iA.

      Saya ada terbaca di satu website ttg cara yg agak mudah untuk mendapatkan duit di internet. Memandangkan anda adlh graduate Soft eng dan agak ok dgn selok belok internet, saya cadangkan anda mencubanya. Mudah-mudahan wang ini akan membantu kerja dakwah anda. Matlamat di sini adalah untuk mendapatkan wang yang halal bukan untuk menjadi jutawan dan gila duit seperti yg difokuskan dalam artikel yg bakal saya paste di bwh.

      RM450 Sehari Dengan Menjual Sehelai Kertas!

      Tiada yang yang lebih baik dengan menjana RM450 sehari dengan hanya menjual sehelai kertas?
      Bagaimana pula jika juga tidak perlu mengepos kertas tersebut, sebaliknya boleh dimuat turun
      (download) daripada internet? Ianya adalah kisah benar! Ini kisah bagaimana sesorang telah
      melakukannya dan anda juga boleh meniru teknik beliau!
      Perkara begini mungkin masih belum lagi popular di Malaysia atau Brunei, tetapi saya percaya ianya akan menjadi hangat sedikit masa lagi. Bukankah ini masanya untuk anda membuat
      persediaan?

      Apa yang anda perlukan ialah satu produk yang anda benar-benar seronok. Satu contoh yang boleh
      saya berikan ialah http://www.instantsalesletter.com yang dipopularkan oleh Yanik Silver. Laman web
      ini menawarkan contoh-contoh surat profesional yang digunakan oleh ahli-ahli perniagaan. Katakan
      anda mempunyai restoran, anda boleh memilih surat daripada kategori restoran. Anda hanya perlu
      membuat sedikit perubahan dan poskan terus kepada bakal pelanggan anda, dan tanpa anda ketahui
      orang akan berebut-rebut datang ke restoran anda.
      Laman web tersebut sungguh simple, dengan hanya satu mukasurat tanpa gambar langsung.
      Apabila anda pergi melawat laman web tersebut, anda akan melihat satu surat jualan profesional.
      Jika anda berminat dengan produk yang ditawarkan, anda boleh membeli secara terus dengan
      menggunakan kad kredit dan dalam beberapa saat sahaja anda sudah boleh membaca produk
      tersebut!
      Perkara yang menakjubkan ialah laman web tersebut setakat ini sudah menjana RM450 sehari dan
      kini jualannya telah mencecah RM500,000!
      Idea yang bijak bukan?
      Perkara yang menariknya ialah anda tidak perlu membuat salinan buku, ianya boleh dimuat terus
      daripada internet. Bayaran anda pula akan didepositkan terus kedalam akaun bank anda.
      Apa yang boleh anda buat dengan idea diatas?

      Banyak maklumat yang boleh anda jual, antaranya:
      · Resepi-resipi makanan
      · Buku sekolah
      · Cara membuat hiasan dalaman
      · Teknik menganyam / kraftangan
      · Cara menanam pokok bunga

      Cadangan: Anda mempunyai bakat melukis kartun,apa salahnya anda mencuba?

      Selamat berusaha. Semoga dipermudahkan segala urusan.Moga dakwah di sana terus berkembang mekar iA.

    • nuurhakeem 2:36 am on May 31, 2008 Permalink | Reply

      salam ciki ibad,
      its me!
      masak2 la ciki. nasi “ambeng”.
      rasanya xde org jual lagi nie.
      be tough and get closer to Him
      jangan putus berdoa.
      =].take care.

    • ibadmenulis 12:53 pm on May 31, 2008 Permalink | Reply

      nuurhakeem. hujung tahun ni kita nak jaulah ke mana? tganu, perlis, borneo? hehe. nta kene mintak cuti la.

    • nuurhakeem 2:31 am on June 2, 2008 Permalink | Reply

      hujung tahun nie saya ada jaulah istimewa.insya Allah akan mintak cuti…. :wink:x2.

  • ibadmenulis 2:12 am on May 10, 2008 Permalink | Reply  

    Painter – Day 2 

    Sambungan kembali. Perkongsian kerjaku sebagai tukang cat bulan lepas.

    Day 2

    Hari pertama telah dilalui dan diakhiri dengan kemahiran mengecat yang telah diperoleh.

    Maka pada hari kedua saya menjangkakan segalanya akan smooth sailing. Tak sangka rupanya pada hari kedua saya telah diuji dengan ketahanan fizikal. Hari kedua ternyata lebih hangat dan panas dari sebelumnya.

    Pada hari pertama saya mengalami kesukaran untuk menghilangkan kesan cat yang ada di tangan. Hari pertama saya tidak dibekalkan dengan sarung tangan, maka saya telah membelinya pada hari kedua. Alhamdulillah, lebih mudah kerja.

    Pengajaran:

    1. Kehidupan kita penuh dengan ujian. Dan sekiranya kita berjaya melepasi satu ujian, maka ujian seterusnya akan lebih hebat. Dan ganjaran yang dijanjikan juga lebih hebat. Andai kita masih di takuk lama, tidak lepas2 ujian yang sama (tahapnya), maka sampai bila2 pun kita akan di tahap ujian yang sama.
    2. Keputusan saya untuk membeli sarung tangan adalah suatu inisiatif sendiri. Kerana menyedari perlunya melakukan sesuatu untuk memudahkan kerja. Majikan telah membekalkan untuk saya hampir segala-galanya, baju overall, berus cat yang pelbagai bentuk, kain rentang, kertas pasir dan banyak lagi. Tapi dia terlupa tentang sarung tangan. Kondisi dan situasi ummah sekarang SANGAT memerlukan kita untuk melakukan sesuatu. Tapi sayangnya masih ramai yang lena dibuai mimpi indah yang menipu. Lihat analogi ini:
      Masalah Simptom Solusi
      Tangan kotor –> Susah nak tanggal cat–> beli sarung tangan
      Islam dizalimi–>
      Masalah sosial –> jihad dan dakwah
      Perlu difahami di sini tangan saya yang kotor memang mudah untuk disedari sebab ia memang secara fizikalnya berlaku dan memberi kesan di hadapan mata saya sendiri.
      Akan tetapi masalah2 ummat yang berlaku, hatta seandainya kita juga masih lagi sebahagian dari masalah itu, ia sememangnya tidaklah mudah untuk kita sedari.

      [Ali-Imran:14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

    3. Sekiranya saya update blog ini lebih awal, maka saya tidak akan terlupa pengajaran yang saya dapat tempoh hari. To be honest, saya dah lupa sebenarnya apa lagi pengajaran2 yang saya dapat. Semoga Allah mengampuni kelalaian saya.

    Day 3

    Hari ketiga saya mendapat tugas yang lebih sukar. Saya dikehendaki mengecat di sebalik pokok2 yang tumbuh betul2 di sebelah pagar yang hendak dicat. Memang sempit. Dan memang sukar. Kali ini habis rambut2 saya juga terkena serpihan cat.

    Pengajaran:

    1. Perjuangan ini memang perlu pada pengorbanan. (to be continued…)
     
    • alfatih 12:41 pm on May 18, 2008 Permalink | Reply

      It’s enticing to see your perfect definition of masterpiece.
      Anyway, keep up the good work, Michaelangelo.

c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel