Evaluasi

shellUntuk merealisasikan matlamat sesebuah organisasi, adalah amat penting untuk memiliki aset yang amat berkualiti. Dalam mana2 organisasi pun, ana yakin kita semua setuju bahawa insan adalah aset terpenting. Maka, memiliki insan yang berkualiti tinggi dalam sesebuah organisasi adalah sesuatu yang amat2 diimpikan.

Persoalannya, apakah kayu ukur kualiti insan?

Seperti biasa, ana tidak akan mengolah panjang, hanya melontar2 idea, bacaan dan pengalaman:

  • jika kita melihat 10 muwasofat tarbiyyah, maka itu sebenarnya sudah merangkumi perincian2 yang diletakkan oleh kebanyakan HR syarikat2 yang ada.
  • semalam sahabat saya memberikan borang evaluasi temuduga Shell, dan mereka (Shell) telah meletakkan kayu ukur (band) bagi setiap markah (1 untuk kurg potensi, dan 5 utk yg cemerlang).
  • Saya meneliti ciri2 yang ada, dan dapat dilihat, semua kriteria band 5, menghendaki calon untuk memiliki zatiyyah yang tinggi jika ingin menjadi sebahagian dari anak saraan Shell. Contohnya:
    • Relationship aspect: calon hendaklah meminta konsultasi secara aktif dengan orang lain, dan juga mengadakan kenalan baru untuk memajukan lagi pembangunan projek.
    • Relationship aspect: menangani perbezaan keperluan orang lain, dan juga mengantisipasi (bersedia) untuk menghadapi perbezaan keperluan yang belum lagi ditempuhi agar teknik yang diambil bersesuaian dengan pelbagai jenis orang
    • Technical aspect: kefahaman yang mendalam dan menyeluruh terhadap prinsip2 teknikal di dalam dan sekitar ruang lingkup pekerjaan

Jadi sahabat, islam adalah suatu sistem (lebih dari sebuah sistem, ia adalah ad-din) yang agung. Untuk menegakkanya di dalam masyarakat, pastinya memerlukan aset2 yang berkualiti, malah sepatutnya lebih dari yang diperlukan dalam syarikat2 besar dunia, kerana matlamat islam lebih agung dan mulia.

(Al-Faatihah:2)

…. untuk seluruh alam….

Wallahu’alam…