Updates from January, 2008 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • ibadmenulis 1:18 am on January 30, 2008 Permalink | Reply  

    Pengajaran #2 

    work

    Bismillahirrahmaanirrahim.

    “Barangsiapa yang Allah ingin berikan kebaikan padanya, maka Allah berikan kefaqihan (kefahaman) dalam Deen” (maksud hadis)

    Sebelum ikhwah2 nak mula baca buku, lebih baik jika dimulai dengan kalimah basmalah atau doa2 yang ma’thur. Disertai dengan penuh rasa harap agar Allah mengurniakan kefahaman dalam Deen-Nya.

    Ini sedikit point2 penting yang ana dapat dari sebuah buku (lihat sumber di bawah):

    1. tentang Percaya Diri:
      • mukmin itu perlu percaya kemampuan diri dan tidak merendahkannya hingga mengelak dari setiap tugas yang diberikan padanya.
      • syaitan akan mencipta kesan dalam diri hingga kita merasakan: i) kita tiada potensi; ii) takut riya’; hingga menghindar kita dari meraih hasil2 positif dari amal yang sepatutnya dilakukan – (tidak beramal)
      • Jika gagal dengan taktik di atas, sang syaitan akan menggoda para da’ie meninggalkan tugas2 prioriti. Dan mengarah ke arah suatu kerja yang remeh-temeh, tapi disogok dengan justifikasi dan alasan2 yg sesuai hawa nafsu – (beramal tetapi tidak tepat)

    Na’udzubillahi min dzaalik. Nasihat untuk diri saya dan ikhwah semua, berhati2lah dan kenal pasti tugas2 dan amal2 yang kita lakukan.

    Penulis menyambung, bahawa penting bagi para da’ie untuk memahami ilmu syari’at yang dapat menutup pintu syaitan agar tidak memasukinya.

    Allah kurniakan kita pelbagai cara untuk beramal, dan banyak sangat yang kita tak tahu.

    Jawapannya?

    Belajarlah. Iktibar wahyu pertama bersama2 kita cuba hayati 🙂

    Wallahu’alam…

    Sumber: Al-Quduratu Adz-Dziiniyatu wadz-Dzatiyatu lil Murabbi wad-Da’iyati (Kekuatan Sang Murabbi, terbitan Al-I’tishom Cahaya Umat)
    Karya:  Prof.  Dr. Taufik Yusuf Al-Wa’iy

    Advertisements
     
  • ibadmenulis 7:04 pm on January 24, 2008 Permalink | Reply  

    Pengajaran #1 

    think 

    Bismillahirrahmaanirrahiim…

    Alangkah indah seandainya segala perkara dapat kita kembalikan pada Allah SWT.

    Namun sebuah hati punya kekuatan yang berflaktuasi. Adakala teguh beroptimis. Sering juga lemah terpesimis.

    You are what you think you are.

    Teringat kata2 seseorang padaku suatu ketika dahulu. Memang benar, kitalah yang akhirnya perlu menggerakkan keempat tulang kita utk melonjakkan diri ke arah matlamat yg hendak dituju. Namun perlukan bekalan bukan?

    Ini bekalannya:

    1. Kekuatan spiritual:
      • ya… tak lain tak bukan sememangnya ini kan mudah. AllahusSomad…
    2. Kekuatan fizikal:
      • tentunya seorang pemuda tak perlu merungut jika mereka claim ada masalah yang ini. lucu namanya.
    3. Akal:
      • perlu nasma’u au na’qilu – dengar + fikir

    Dan mereka berkata: “Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Al-Mulk:10)

    bekalan dah ada. tinggal nak ambil atau tidak sahaja.

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel