selalunya begitu…

salam alaykum semua.

dengan lafaz bismillah saya memulakan kembali apa yang pernah saya lakukan dan yang telah saya tinggalkan beberapa ketika (yang agak lama juga) dahulu.

doakan ia terus mendapat al-hidayah untuk terus istiqamah. kerana itulah yang paling sukar (to me at least).

Baiklah.

Ramai orang menulis atau membaca blog-blog yang ada atas beberapa faktor.

menulis kerana:

  1. Allah – untuk dakwah
  2. memperjuangkan ideologi tertentu selain islam
  3. ekspresi diri
  4. kerna tiada perkara yang boleh dilakukan

membaca kerana:

  1. entry tidak terlalu panjang
  2. ingin mencari sesuatu (ilmu, informasi, maklumat kehidupan peribadi seseorang)
  3. kerna tiada perkara yang boleh dilakukan

mulai hari ini di setiap entry saya akan cuba mencari formula entry yang bagaimanakah yang bisa menaut hati pembaca untuk mendalami isinya.