Obses
May 31, 2008
Bismillahirrahmaanirrahiim..
Ziarah ke rumah sahabat tadi terasakan amat berharga. Seperti detik2 yang selainnya, bila hati disapa hidayah, syukur setinggi2nya pada Allah Yang Maha Esa. Perbualan saya dengan sahabat saya alhamdulillah banyak memberikan feedback tentang di mana kini saya berada dan apa yang perlu saya buat untuk ummat ini seterusnya.
Sejak akhir2 ini saya terfikir juga, mengapa saya melakukan sesuatu kerja. Jawapan mudah (untuk dikata tapi sukar untuk dilaksana), tentulah untuk Allah SWT. Namun setakat mana kita benar2 menghayati pekerjaan itu sebagai suatu tanggungjawab daripada Allah SWT. Inilah antara topik2 yang kami bincangkan sepanjang perjalanan lebih 45 minit tadi.
Apakah obsesi kita pada masa ini, detik ini, saat ini? Tanya diri anda, pilihlah jawapan anda, lakukan dan koreksi apa yang sepatutnya:
- Study saya
- Keluarga saya
- Duit saya
- Periuk nasi saya
- Scholar saya
- Karier saya
- Dakwah (saya?)
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka). (At-Taubah:24)
Saya menyeru diri saya dan anda semua untuk berfikir secara kritikal, apakah yang kita faham dengan obses. Sekiranya kita obses dengan study kita. Apakah manfiestasinya?
Obses Study:
- Tidak sabar untuk ke lecture esok pagi walaupun slot isnin jam 9 pagi.
- Setelah tamat satu chapter textbook yang kita baca, tidak sabar untuk ke chapter seterusnya, sehingga tidak dapat tidur malam kerana tidak mengetahui apakah isi kandungan chapter seterusnya.
- Menyiapkan past year paper subjek yang akan diambil pada semester hadapan.
- Memberikan material tambahan kepada tutor seperti petikan-petikan berkaitan topik terkait subjek semasa tutorial sebagai alat bantu mengajar dan untuk memberikan kefahaman lebih kepada ahli2 tutorial yang lain
- Menyiapkan assignment yang diberikan lalu meneruskan dengan assignment2 subjek yang sama dari laman web universiti lain.
Ya.. mungkin nampak agak extreme. Tapi bagi saya untuk anda jadi pelajar yang cemerlang, ini tidaklah extreme, dan berlaku pun pada sesetengah pelajar kita.
Sekarang mari kita lihat bagaimana pula jika kita obses dengan dakwah?
Disclaimer: saya tidak mengatakan dakwah dan study suatu perkara yang jelas terpisah. Tapi saya berharap para pengunjung blog sudah cukup dewasa untuk membezakan definisi dakwah yang cuba saya maksudkan di sini. Study = wasilah/alat; Dakwah = ghayah/matlamat
Obses Dakwah:
- Sukar untuk tidur malam kerana memikirkan sahabat/mad’u kita yang memerlukan bimbingan kita
- Berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan hadis ‘Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi sahabatnya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri’. Banyakkan memberi, kurangkan menerima/meminta
- Tidak sabar untuk menghadiri sesi-sesi atau kelas-kelas secara berkala untuk kita duduk beriman sejenak, lantas bersegera melakukan segala persediaan yang terkait, seperti melakukan pra-pembacaan bahan dengan rapi, dan sebagainya
- Setelah tamat satu chapter buku yang kita baca, tidak sabar untuk ke chapter seterusnya, sehingga tidak dapat tidur malam kerana tidak mengetahui apakah isi kandungan chapter seterusnya. (novel2 cerpen islami tidak termasuk dalam kategori ini)
- Bukan sekadar menziarahi ‘touch-n-go’ sahabat dan mad’u, akan tetapi kita ‘hidup’ bersama mereka.
- Melakukan kajian eksternal terhadap bacaan berkala dan mencari sebanyak mungkin sumber2 dari pelbagai buku
- Bersemangat melaksanakan mas’uliyyah (tgjwb) yang diberikan. Tanam dalam diri rasa tanggungjawab, responsibilities, dan accountability atas perkara yang telah dipertanggungjawabkan. Buat bukan kerana disuruh, tetapi kerana perlu menyelamatkan ummat.
- Tidak sabar menunggu saat kita dapat berkhalwat dengan Allah SWT ketika berqiamullail. Pagi yang dilalui dipenuhi dengan anticipation untuk hadir ke saat malam menjelma agar diri dapat bangun bertahajjud meminta pengampunan daripada Allah SWT.
- dan banyak lagi yang saya rasa kita mampu tuliskan lagi…
Nahnu Qaumul Amaliyyun. Kita kaum yang praktikal. Obseslah dengan dakwah mu, kemudian obseslah dengan wasilah2mu. Perkukuhkan dasar… insyaAllah mudah untuk menyempurnakan wasilah… (e.g. sayangilah dakwahmu, maka sayangmu pada studymu, keluargamu, duitmu, periuk nasimu, scholarmu, dan kariermu akan dipelihara oleh Allah SWT dari sebarang penyelewengan insyaAllah).
Painter - Day 3 and onwards
May 24, 2008Saya rasa setakat tu dulu untuk pengajaran sebagai tukang cat. Hari ini sudah lebih dua bulan saya masih di sini. Kerja tak dapat lagi. Interview pun baru dua kali. Haritu ketemu dengan seorang ikhwah dari indonesia, sudah pun berPR di sini. Katanya pada saya:
“Saya mula-mula cari kerja di sini hampir 10 kali interview“
“Oh, 10 interview?banyaknya!”
“Ya, pada kali yang kesepuluh, tiba2 saya dapat call, dia terima saya, terus saja saya sujud syukur“
“Alhamdulillah…”
Hm. fikir saya, 10 kali baru dapat kerja. Saya baru dua kali. Baru dua bulan lebih. Tapi kadang2 hati dah pun dah mula membisik. Saya tahu semua ini syaitan. Tapi tahu atau tidak itu satu persoalan. Persoalan yang lain adalah mampu atau tidak untuk saya terus bertahan. Kadang2 ada juga terasa “hai rasanya aku memang takleh go la dengan softeng ni. pegi interview tak perform sangat. Experience takde sgt”
Of course la bila kita nak bercerita sesuatu yang kita tak betul2 hayati dan kuasai, segalanya seakan2 palsu dan dibuat2. Saya merasakan mungkin itu yang sering berlaku sewaktu temuduga. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
Painter - Day 2
May 10, 2008Sambungan kembali. Perkongsian kerjaku sebagai tukang cat bulan lepas.
Day 2
Hari pertama telah dilalui dan diakhiri dengan kemahiran mengecat yang telah diperoleh.
Maka pada hari kedua saya menjangkakan segalanya akan smooth sailing. Tak sangka rupanya pada hari kedua saya telah diuji dengan ketahanan fizikal. Hari kedua ternyata lebih hangat dan panas dari sebelumnya.
Pada hari pertama saya mengalami kesukaran untuk menghilangkan kesan cat yang ada di tangan. Hari pertama saya tidak dibekalkan dengan sarung tangan, maka saya telah membelinya pada hari kedua. Alhamdulillah, lebih mudah kerja.
Pengajaran:
- Kehidupan kita penuh dengan ujian. Dan sekiranya kita berjaya melepasi satu ujian, maka ujian seterusnya akan lebih hebat. Dan ganjaran yang dijanjikan juga lebih hebat. Andai kita masih di takuk lama, tidak lepas2 ujian yang sama (tahapnya), maka sampai bila2 pun kita akan di tahap ujian yang sama.
- Keputusan saya untuk membeli sarung tangan adalah suatu inisiatif sendiri. Kerana menyedari perlunya melakukan sesuatu untuk memudahkan kerja. Majikan telah membekalkan untuk saya hampir segala-galanya, baju overall, berus cat yang pelbagai bentuk, kain rentang, kertas pasir dan banyak lagi. Tapi dia terlupa tentang sarung tangan. Kondisi dan situasi ummah sekarang SANGAT memerlukan kita untuk melakukan sesuatu. Tapi sayangnya masih ramai yang lena dibuai mimpi indah yang menipu. Lihat analogi ini:
Masalah Simptom Solusi
Tangan kotor –> Susah nak tanggal cat–> beli sarung tangan
Islam dizalimi–> Masalah sosial –> jihad dan dakwah
Perlu difahami di sini tangan saya yang kotor memang mudah untuk disedari sebab ia memang secara fizikalnya berlaku dan memberi kesan di hadapan mata saya sendiri.
Akan tetapi masalah2 ummat yang berlaku, hatta seandainya kita juga masih lagi sebahagian dari masalah itu, ia sememangnya tidaklah mudah untuk kita sedari.[Ali-Imran:14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
- Sekiranya saya update blog ini lebih awal, maka saya tidak akan terlupa pengajaran yang saya dapat tempoh hari. To be honest, saya dah lupa sebenarnya apa lagi pengajaran2 yang saya dapat. Semoga Allah mengampuni kelalaian saya.
Day 3
Hari ketiga saya mendapat tugas yang lebih sukar. Saya dikehendaki mengecat di sebalik pokok2 yang tumbuh betul2 di sebelah pagar yang hendak dicat. Memang sempit. Dan memang sukar. Kali ini habis rambut2 saya juga terkena serpihan cat.
Pengajaran:
- Perjuangan ini memang perlu pada pengorbanan. (to be continued…)
Painter - Day 1
April 17, 2008Bismillah.
Tiga hari lepas, saya kerja part time mengecat pagar. Believe it or not, ini employment saya pertama setelah graduate.
Doa saya agar urusan kerja dipermudahkan nampaknya Allah telah makbulkan. Syukur setinggi dipanjatkan pada Allah yang Maha Luas rahmatNya.
Kenapa saya kata begitu, kerana saya telah memperoleh hikmah2 yang bagi saya amat bernilai walaupun kerja hanya memakan masa 2-3 hari:
Day 1
Saya kerja separuh hari sahaja. Dah lebih 6 tahun tak mengecat. Hasil pertama saya hanya Allah saja yang tahu.
“I’m sorry for such a horrible paint work on this bit”
Tiada guru untuk mengajar. Apa yang saya buat, hanya dengan melihat hasil kerja mereka pada beberapa pagar yang telah mereka cat sebelum ini.
Setelah beberapa keping dicat, akhirnya pada kepingan yang ke-4, ke-5 dan seterusnya, saya telah menghasilkan master piece.
Pengajaran:
- Untuk mengecat pagar yang belum dicat, saya perlu melihat hasil atau contoh finishing yang telah dihasilkan sebelumnya. Jika baik hasil yang saya jadikan guideline, maka baiklah hasil saya. Di sini tersirat kepentingan memiliki akhlak yang baik bagi seorang daie, sebagai qudwah. Untuk menghasilkan yang hebat memerlukan kualiti akhlak yang hebat.
- This is what we call, OJT ataupun On-the-job training. Dakwah pun begitu juga. Anda tak tahu bagaimana menyampaikan mesej islam dengan baik?Praktis dulu nanti kita semak dan bincang sama2. Latihan untuk berdakwah adalah semasa anda mempraktikkannya. Kelayakan untuk berdakwah adalah syahadah anda. Dalam masa yang sama tuntut ilmu2 yang relevan dengannya.
- Masterpiece hanya akan terhasil apabila kita jatuh, bangkit, dan jatuh semula. dan bangkit semula. Kesilapan yang berlaku bukan melemahkan, tapi memperbaiki kualiti anda sebagai seorang insan. Ujian Allah yang berjaya dilepasi akan meningkatkan kualiti kita dalam bentuk2 yang Allah kehendaki, baik dari segi akhlak, kemahiran, pengetahuan dan sebagainya.
Wallahualam…
…bersambung (next entry - Day 2)
Evaluasi
February 29, 2008
Untuk merealisasikan matlamat sesebuah organisasi, adalah amat penting untuk memiliki aset yang amat berkualiti. Dalam mana2 organisasi pun, ana yakin kita semua setuju bahawa insan adalah aset terpenting. Maka, memiliki insan yang berkualiti tinggi dalam sesebuah organisasi adalah sesuatu yang amat2 diimpikan.
Persoalannya, apakah kayu ukur kualiti insan?
Seperti biasa, ana tidak akan mengolah panjang, hanya melontar2 idea, bacaan dan pengalaman:
- jika kita melihat 10 muwasofat tarbiyyah, maka itu sebenarnya sudah merangkumi perincian2 yang diletakkan oleh kebanyakan HR syarikat2 yang ada.
- semalam sahabat saya memberikan borang evaluasi temuduga Shell, dan mereka (Shell) telah meletakkan kayu ukur (band) bagi setiap markah (1 untuk kurg potensi, dan 5 utk yg cemerlang).
- Saya meneliti ciri2 yang ada, dan dapat dilihat, semua kriteria band 5, menghendaki calon untuk memiliki zatiyyah yang tinggi jika ingin menjadi sebahagian dari anak saraan Shell. Contohnya:
- Relationship aspect: calon hendaklah meminta konsultasi secara aktif dengan orang lain, dan juga mengadakan kenalan baru untuk memajukan lagi pembangunan projek.
- Relationship aspect: menangani perbezaan keperluan orang lain, dan juga mengantisipasi (bersedia) untuk menghadapi perbezaan keperluan yang belum lagi ditempuhi agar teknik yang diambil bersesuaian dengan pelbagai jenis orang
- Technical aspect: kefahaman yang mendalam dan menyeluruh terhadap prinsip2 teknikal di dalam dan sekitar ruang lingkup pekerjaan
Jadi sahabat, islam adalah suatu sistem (lebih dari sebuah sistem, ia adalah ad-din) yang agung. Untuk menegakkanya di dalam masyarakat, pastinya memerlukan aset2 yang berkualiti, malah sepatutnya lebih dari yang diperlukan dalam syarikat2 besar dunia, kerana matlamat islam lebih agung dan mulia.

(Al-Faatihah:2)
…. untuk seluruh alam….
Wallahu’alam…
Semangat dan Kefahaman
February 7, 2008Bismillahirrahmaanirrahiim…
Melihat tajuk pasti boleh mengagak isi entry kali ini. Apabila seseorang tergerak untuk beramal, kombinasi kedua elemen di atas akan wujud samada sebagai entiti berasingan, ataupun saling mengimbangi.
Ana ingin mengambil kesempatan ini untuk memperingatkan diri ana sendiri dan ikhwah sekalian tentang fondasi (foundation) kita beramal. Adakah berakar dari semangat semata, atau kefahaman yang mantap.
“Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Mujaadilah:11)
Dengan iman dan ilmu Allah naikkan derajat.
Semangat bukanlah prerequisite untuk beramal, akan tetapi ia harus dimanfaatkan untuk terus memacu amal.
Kalau anda terserempak dengan sahabat (atau dengan diri anda sendiri) penuh semangat untuk beramal, maka janganlah runtuhkan semangatnya. Dokonglah ia, dan pastikan ilmu turut sama berperanan dalam usaha meraih redha Allah insyaAllah.
Pengajaran #2
January 30, 2008
Bismillahirrahmaanirrahim.
“Barangsiapa yang Allah ingin berikan kebaikan padanya, maka Allah berikan kefaqihan (kefahaman) dalam Deen” (maksud hadis)
Sebelum ikhwah2 nak mula baca buku, lebih baik jika dimulai dengan kalimah basmalah atau doa2 yang ma’thur. Disertai dengan penuh rasa harap agar Allah mengurniakan kefahaman dalam Deen-Nya.
Ini sedikit point2 penting yang ana dapat dari sebuah buku (lihat sumber di bawah):
- tentang Percaya Diri:
- mukmin itu perlu percaya kemampuan diri dan tidak merendahkannya hingga mengelak dari setiap tugas yang diberikan padanya.
- syaitan akan mencipta kesan dalam diri hingga kita merasakan: i) kita tiada potensi; ii) takut riya’; hingga menghindar kita dari meraih hasil2 positif dari amal yang sepatutnya dilakukan - (tidak beramal)
- Jika gagal dengan taktik di atas, sang syaitan akan menggoda para da’ie meninggalkan tugas2 prioriti. Dan mengarah ke arah suatu kerja yang remeh-temeh, tapi disogok dengan justifikasi dan alasan2 yg sesuai hawa nafsu - (beramal tetapi tidak tepat)
Na’udzubillahi min dzaalik. Nasihat untuk diri saya dan ikhwah semua, berhati2lah dan kenal pasti tugas2 dan amal2 yang kita lakukan.
Penulis menyambung, bahawa penting bagi para da’ie untuk memahami ilmu syari’at yang dapat menutup pintu syaitan agar tidak memasukinya.
Allah kurniakan kita pelbagai cara untuk beramal, dan banyak sangat yang kita tak tahu.
Jawapannya?
Belajarlah. Iktibar wahyu pertama bersama2 kita cuba hayati
Wallahu’alam…
Sumber: Al-Quduratu Adz-Dziiniyatu wadz-Dzatiyatu lil Murabbi wad-Da’iyati (Kekuatan Sang Murabbi, terbitan Al-I’tishom Cahaya Umat)
Karya: Prof. Dr. Taufik Yusuf Al-Wa’iy
Pengajaran #1
January 24, 2008
Bismillahirrahmaanirrahiim…
Alangkah indah seandainya segala perkara dapat kita kembalikan pada Allah SWT.
Namun sebuah hati punya kekuatan yang berflaktuasi. Adakala teguh beroptimis. Sering juga lemah terpesimis.
You are what you think you are.
Teringat kata2 seseorang padaku suatu ketika dahulu. Memang benar, kitalah yang akhirnya perlu menggerakkan keempat tulang kita utk melonjakkan diri ke arah matlamat yg hendak dituju. Namun perlukan bekalan bukan?
Ini bekalannya:
-
Kekuatan spiritual:
-
ya… tak lain tak bukan sememangnya ini kan mudah. AllahusSomad…
-
-
Kekuatan fizikal:
-
tentunya seorang pemuda tak perlu merungut jika mereka claim ada masalah yang ini. lucu namanya.
-
-
Akal:
- perlu nasma’u au na’qilu - dengar + fikir
Dan mereka berkata: “Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Al-Mulk:10)
bekalan dah ada. tinggal nak ambil atau tidak sahaja.
selalunya begitu…
December 9, 2007salam alaykum semua.
dengan lafaz bismillah saya memulakan kembali apa yang pernah saya lakukan dan yang telah saya tinggalkan beberapa ketika (yang agak lama juga) dahulu.
doakan ia terus mendapat al-hidayah untuk terus istiqamah. kerana itulah yang paling sukar (to me at least).
Baiklah.
Ramai orang menulis atau membaca blog-blog yang ada atas beberapa faktor.
menulis kerana:
- Allah - untuk dakwah
- memperjuangkan ideologi tertentu selain islam
- ekspresi diri
- kerna tiada perkara yang boleh dilakukan
membaca kerana:
- entry tidak terlalu panjang
- ingin mencari sesuatu (ilmu, informasi, maklumat kehidupan peribadi seseorang)
- kerna tiada perkara yang boleh dilakukan
mulai hari ini di setiap entry saya akan cuba mencari formula entry yang bagaimanakah yang bisa menaut hati pembaca untuk mendalami isinya.


